Friday, August 27, 2010
99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8. Jangan terusik dengan kekayaan orang;
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi, melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah menumpukan pemikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila sesuatu tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti perbualan yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Muhasabah kekurangan diri dan muhasabah pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun ada yang tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan melengahkan perlaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.
Wednesday, August 25, 2010
TINGKATKAN KUALITI HIDUP
Sihat dan ceria, siapa yang tidak mengimpikan kehidupan sebegitu? Selagi boleh, seluruh hidup mahu diwarnai dengan tawa dan ria, kan?
TETAPI.. bagaimana untuk membangkitkan rasa ceria dalam hidup? Jawapannya ada dari dalam diri kita sendiri.
Mungkin ramai yang tidak sedar, membiarkan diri dihimpit masalah boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan. Justeru itu, berusahalah untuk mencapai taraf hidup yang ceria dan sihat sepanjang hari.
Tubuh badan yang sihat memberikan ‘mood’ yang baik untuk memulakan hari kita. Malah lebih bertenaga untuk menempuh cabaran mendatang. Untuk mendapat taraf kesihatan yang baik, tidak semestinya kita perlu berusaha keras. Perubahan yang kecil boleh memberi manfaat yang besar asalkan kita tahu membuat pengagihan antara kehendak dan keperluan.
Motivasi diri memberi kita ruang memperbaiki taraf hidup yang sedia ada kepada sesuatu yang lebih baik dan bermakna.
Oklah… saya senaraikan beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapat kualiti hidup yang sihat dan meriangkan:-
Tinggalkan Tabiat Lama
Berhenti merokok merupakan keputusan paling bagus dan tepat. Asap tembakau mengandungi banyak bahan beracun yang berupaya menyempitkan saluran arteri, mengurangkan tahap kesuburan, menyebabkan penuaan dan juga reput tulang.
Perlahankan Hidup Kita
Maknanya kita perlu menikmati hidup dengan lebih sempurna dan teratur. Walaupun pada abad ke-21 ni setiap individu seolah-olah berlumba dalam menjalani kehidupan harian, sikap ini kalau tak dikawal boleh mendatangkan mudarat. Hidup kita akan sentiasa tertekan lebih-lebih lagi jika kita kurang meluangkan masa dengan keluarga atau rakan-rakan.
Lakukan Senaman
Kita tahu bahawa senaman bagus untuk diri kita. Cuba lakukan senaman tiga atau 4 kali seminggu. Tak susah kan untuk melakukan senaman ringan selama 30 – 40 minit? Paling mudah, setiap kali ke mana-mana jangan guna lif, sebaliknya gunakan tangga.
Ambil Makanan Berzat Tinggi
Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi zat tinggi seperti magnesium. Mineral ini boleh ditemui di dalam rati berserat, beras perang, dan hidangan pasta. Magnesium merupakan minerat ‘anti-stress’ malah dia baik untuk sistem penghadaman kita.
Pergilah Bercuti
Cara paling berkesan untuk menangani stress ialah dengan melarikan diri seketika dengan bercuti. Lupakan seketika rutin harian kita maka dapatlah merehatkan minda dengan menikmati keindahan dan keseronokan percutian kita. Secara tak langsung ia dapat menyuntik semangat baru untuk memulakan rutin hidup kita kembali.
Dapatkan Tidur Yang Berkualiti
Bagi yang mementingkan tidur yang berkualiti, pastikan katil, tilam, bantal yang digunakan sangat bermutu tinggi…bukan setakat untuk tidur lena bahkan keselamatan dan kesihatan diri juga terjaga. Kualiti lebih penting dari masa tidur yang panjang. Hanya tidur yang berkualiti sahaja dapat membuatkan kita terjaga dengan penuh semangat dan segar bugar.
Nikmati Keasyikan Bercinta
Jika belum berpasangan/bercinta, inilah masa sesuai untuk kita mencari teman yang boleh berkongsi suka duka. Menurut kajian, individu yang tidak berpasangan/bercinta lebih mudah berasa tidak sihat berbanding mereka yang asyik bercinta. Apa tidaknya bila kita bercinta, kita sentiasa dibuai perasaan gembira dan bersemangat menjalani kehidupan harian.
TAPI… AWAS.. jangan la pulak mencari pasangan atau bercinta dengan kekasih/isteri/suami orang. Nanti bukan sihat dan ceria yang kita rasa… derita dan tertekan pula kita jadinya.
Amalkan Diet Yang Sihat
Diet yang tidak teratur boleh memudaratkan kesihatan.Satu kajian yang dijalankan oleh University of Pittsburg, US mendapati diet sebegini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi, sakit jantung dan juga diserang stroke. Takut, kan?
Satu lagi kajian mendapati perempuan yang kehilangan 10 paun berat badan secara mengejut lebih daripada tiga kali akan menghadapi risiko 21 kali gkita masalah jantung.
Pelihara Tulang Kita
Amalan meminum dua gelas susu pada setiap hari boleh membekalkan kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian. Kalsium amat penting untuk tulang malahan menjauhkan diri kita dari menghadapi masalah osteoporosis. Dalam sehari wanita dewasa memerlukan kira-kira 700mg kalsium. Tunggu apa lagi, jom minum susu!
Basuh Tangan Kita
Kajian menunjukkan hanya satu daripada tiga orang membasuh tangannya sebelum keluar daripada tandas. Tangan yang bersih dapat menghindar diri kita daripada jangkitan kuman. Dr Val Curtis dari London School of Hygiene and Tropical Disease mengatakan setiap individu perlu membasuh tangan sekurang-kurangnya lima kali sehari untuk mengelak daripada mendapat masalah pernafasan. Selain itu kita juga perlu membasuh tangan setiap kali ingin menyediakan makanan.
Bersyukur
Hidup kita akan lebih berharga dan sempurna sekiranya kita cuba bersyukur dengan apa yang kita ada. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya. Paling penting kita harus bersyukur kepadaNya yang mencipta kewujudan kita di muka bumi ini. INGAT! Jika hari ini kita tidak bernasib baik, mungkin esok hari bertuah kita.
Ambil Vitamin/Zat Tambahan
Bagi memastikan tubuh benar-benar sihat dan bertenaga, jangan lupa mengambil beberapa vitamin dan zat tambahan. Kebanyakan masyarakat hari ini suka mengambil makanan tidak sihat seperti makanan segera. Terdapat juga fakta yang mengatakan kandungan kalsium dan zat besi dalam buah-buahan kini berkurangan kira-kira 75 peratus berbanding buah-buahan 50 tahun lalu. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita mengambil multivitamin untuk kecergasan badan.
Ketawa Selalu
Ketawa penawar duka! Mungkin benar kenyataan ini. Apabila seseorang itu ketawa ini menandakan dia berasa riang dan ceria. Namun, semakin ramai di antara kita yang jarang ketawa. Mungkin kerana persekitaran atau terlalu stress dengan kehidupan harian. Pada tahun 1950an, secara purata setiap individu akan mengambil masa 18 minit sehari untuk ketawa, tetapi hari ini kurang dari enam minit diperlukan untuk ketawa.
Manjakan Kulit
Kulit merupakan organ terbesar tubuh kita. Oleh itu jangan cuba mengabaikannya. Sesekali apa salahnya memanjakan kulit kita. Ia perlu direhatkan seketika. Menurut Dr Mervyn Patterson dari Woodford Medical Clinic, dalam tempoh enam minggu, kita mesti menyelitkan satu hujung minggu tanpa mekap. Ketika inilah kulit muka kita bernafas dengan sepuas-puasnya.
Kurangkan Berat Badan
Mungkin kini tiba masanya untuk kita mengurangkan berat badan yang berlebihan. Langkah ini bukan saja dpat ‘meluruskan’ otot-otot tetapi dapat mengurangkan kandungan lemak, kolestrol dan tekanan darah. Jangan berlengah-lengah untuk menurunkan berat badan kerana kita akan menghadapi masalah melakukannya apabila umur sudah mencecah ke 30 tahun. Ketika ini kadar metabolisme badan mula menurun maka memang susah untuk mengekalkan bentuk badan ketika ini.
Duduk Dengan Betul
Jangan selalu membongkok. Tabiat ini hanya akan memudaratkan diri sendiri. Apa tidaknya ia boleh mengakibatkan masalah tulang belakang. Tulang belakang amat penting untuk menyokong badan. Kerosakan tulang belakang boleh menyebabkan anggota badan tidak berfungsi dengan baik. Mulai hari ini, betulkan postur badan kita.
Minum Air
70 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air maka kita harus memastikan tubuh kita mendapat bekalan air yang mencukupi. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kulit menjadi kering, sistem penghadaman tidak lawas, sakit kepala dan cepat letih. Setiap hari kita pastikan diri kita mengambil lapan gelas air masak untuk keperluan tubuh.
Tampil Hebat
Sekiranya kita tahu kita kelihatan hebat, pasti kita berasa jauh lebih yakin dengan diri sendiri. Apabila yakin dengan penampilan, fikiran juga akan sentiasa positif dan ini membantu meningkatkan tahap kesihatan. Semua ini kerana kita lebih bersemangat dan lebih ceria. Tampak hebat di sini bermakna kita menyukai diri kita dan dapat dilihat melalui gaya dan karaktor penampilan yang kita tonjolkan.
Barangsiapa duduk dengan 8 golongan manusia nescaya akan ditambah Allah baginya 8 corak kehidupan
Akan ditambah Allah baginya kecintaan pada dunia dan keinginan kepadanya
Barangsiapa suka duduk beserta orang miskin
Akan dijadikan Allah baginya kesukaan untuk bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah
Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (pemerintah negara)
Akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya
Barangsiapa suka duduk denngan perempuan
Akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya
Barangsiapa duduk bersama kanak-kanak
Akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bergurau senda
Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq
Akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda solat
Barangsiapa yang duduk dengan orang soleh
Akan bertambah keinginannya untuk taat kepada Allah
Barangsiapa suka duduk dengan para ulama
Akan bertambahlah ilmu dan waraknya